Wednesday, 10 June 2015

Info : Perbezaan Inai dan Henna serta Jenis-jenisnya

Haii uolss,

Hari ni hennabypuyep nak share sikit pasal inai atau henna :)

Perbezaan antara inai atau henna :
  • Inai  - Berasal dari pokok inai dan kebiasaaannya ditumbuk atau digiling sehingga lumat (pernah cuba blender daun inai tp x berapa lumat) dan dipakai di jari-jemari. Warna inai daun berwarna oren terang sehingga kemerah-merahan bergantung pada darah seseorang dan tempoh pemakaian inai daun itu sendiri (orang dulu suka pakai inai bawa tidur sampai ke esok hari).
Pokok Inai
  • Henna - Merupakan adunan inai (mungkin campuran inai daun dengan pewarna @ dye) yang di pek dalam tiub berbentuk kon dan hujung kon di gunting halus untuk mengeluarkan inai untuk diukir pada tangan dan anggota badan yang lain. Terdapat pelbagai jenis warna seperti hitam, maroon, merah, oren dan juga coklat (coklat ni warna paling pelik dalam maksud lain warna xcantik). Pemakaian inai jenis henna ni tidak memerlukan tempoh yang lama untuk mendapatkan warna yang terang dan cantik. Percaya tak dalam 5 hingga 10 minit dah boleh dapat warna yang mengancam.
Henna yang telah dibancuh

Jenis - jenis inai / henna :

Jenis Daun - Jenis ini sedikit rumit untuk sediakan kerana perlu menggiling atau menumbuk daun inai sehingga lumat. Jika tidak, ini akan menganggu proses pemakaian inai di jari. Tambahan pula, zaman sekarang ni dah mula susah nak jumpa pokok inai, jika ada pun mungkin daun-daun masih muda dan warna tidak terang.
Jenis Daun yang perlu ditumbuk

Jenis Serbuk - Jenis ini senang untuk disediakan, cuma bancuh dengan air sahaja. Tetapi ada di kalangan pengukir inai akan menambah perahan limau, lemon,minyak zaitun dan pelbagai lagi bahan untuk mendapatkan warna yang terang dan gelap.

Jenis Serbuk yang telah siap di pek

Jenis Tiub - Jenis ini senang dipakai dan warna cepat melekat pada kulit. Cuma ukiran akan kurang cantik kerana mata tiub agak besar. Selain itu juga, kita perlu pandai mengawal warna inai / henna yang kita nak mengikut tempoh masa pemakaian. Jika memakai inai / henna jenis ini dalam tempoh yang lama, jari jemari anda mungkin akan berwarna hitam bukan oren,  merah atau maroon. Terbaru, inai jenis tiub ini terdapat dalam pelbagai warnan seperti biru, hijau, merah, ungu dan pelbagai lagi.

Jenis Tiub yang mudah digunakan cuma mata tiub yang agak besar

Jenis Kon - Jenis ini paling banyak dipakai oleh pengukir inai / henna kerana mereka boleh tentukan saiz mata kon yang dikehendaki bergantung kepada ukiran itu sendiri. Kekemasan sesuatu ukiran itu dapat dilihat jika kita memakai inai jenis kon ini. Terdapat pelbagai warna inai / henna jenis ini seperti hitam, merah, maroon, oren dan pelbagai lagi.

Jenis Kon yang paling digemari

Sepanjang hennabypuyep bermain dengan inai, bermula dengan inai daun, beralih ke inai serbuk (Brand HASINA), kemudian menggunakan inai kon dan inai tiub (Brand Maharani) dan kini menggunakan inai kon (Brand Golecha). Alhamdulillah sepanjang bermain dengan inai, tiada sebarang kemudaratan berlaku dari penggunaan inai yang dipilih. Hennabypuyep memilih jenama yang berada di pasaran serta pilihan ramai pengukir inai.


Inai Serbuk HASINA

Inai MAHARANI


Inai GOLECHA


Inai GOLECHA



Inai GOLECHA
Sebarang pertanyaan atau tempahan, anda boleh whats app Ms Zarith (HENNABYPUYEP) di nombor 012-2420725

In sya allah, hennabypuyep akan memberikan perkhidmatan yang memuaskan anda dengan harga yang berpatutan. (^.^)

~~~~~~HENNABYPUYEP~~~~~~

7 comments:

  1. Salam mcm mana nk beli inai golecha tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atau bole beli pada seller nama Golecha Langkawi di FB. Servis beliau terbaik, dan boleh dpt free gift lagi. :)

      Delete
  2. Kebiasaan saya beli online. Cuba cari FB Golecha Murah. Harga murah dan banyak pilihan. ;)

    ReplyDelete
  3. Hi sis.. boleh shre x cre nk bancuh inai hasina tu supaya jd cantik merah.. sbb bila sy bancuh, dia jd warna oren pudar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cuna, maaf lambat reply. Cuba Cuna bancuhkan dengan air limau, air suam dan sedikit minyak eucalyptus (bole gantikan dengan minyak kayu putih, minyak cap kapak dan sebagainya).

      Delete
  4. Macam mana nak beli inai maharani tu

    ReplyDelete
  5. Henna Golecha ada pelbagai warna seperti biru merah hitam oren etc, adakah warna-warna tersebut boleh dibawa utk ambil air wuduk (kalis air atau tidak)? Saya suka warna-warna tersebut tapi risau air wuduk saya tidak sah..

    ReplyDelete